Connect with us

Oh! Media

Kerajaan Putuskan Hari Jumaat Adalah Hari Tulisan Jawi!

Ohmedia jawi 1jpg

Umum

Kerajaan Putuskan Hari Jumaat Adalah Hari Tulisan Jawi!

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-bakri menyatakan bahawa hari Jumaat adalah hari bagi tulisan jawi. Perkara ini didedahkan oleh beliau setelah setelah mendapat persetujuan daripada semua jemaah menteri selepas disyorkan melalui satu mesyuarat yang diadakan Rabu lepas.

Sumber gambar dari Harian Metro

Untuk permulaan, kepala surat untuk Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) akan menggunakan tulisan Jawi dalam urusan rasmi. Tambah Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri, penggunaan tulisan jawi akan turut digunakan kepada setiap media sosial rasmi bagi agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

“Saya ingin menyeru seluruh kementerian, jabatan, agensi di peringkat Persekutuan dan negeri, badan bukan kerajaan (NGO) serta seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama dalam usaha memelihara warisan negara ini,” katanya.

Tulisan Jawi turut diiktiraf dalam Perlembagaan Persekutuan, dibawah Seksyen 9 Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 yang menyebut bahawa tulisan bagi Bahassa Kebangsaan ialah tulisan Rumi dengan syarat bahawa ini tidak melarang penggunaan tulisan Melayu yang lebih dikenali dengan nama tuisan Jawi untuk Bahasa Kebangsaan.

IKLAN

OHMEDIA: SEMOGA USAHA INI DAPAT DIJALANKAN SEBAIKNYA AGAR USAHA UNTUK MEMARTABATKAN TULISAN JAWI INI DIKEKALKAN.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca kerajaan umum hari jumaat hari tulisan jawi di Facebook Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Safiqri Safrudin
Safiqri, bekas Penulis Konten dan Ketua Multimedia di Oh! Media, yang bertanggungjawab mencipta pelbagai kandungan menarik eksklusif untuk platform Oh! Media. Kini, beliau meneruskan perjalanan kerjayanya sebagai seorang guru yang berdedikasi di Sarawak.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas