Connect with us

Oh! Media

Kerajaan China Beri Amaran Virus Corona Misteri Akan Terus Merebak

Umum

Kerajaan China Beri Amaran Virus Corona Misteri Akan Terus Merebak

Wabak misteri menjadi semakin bahaya. Ya, itulah virus corona misteri yang Ohmedia katakan tempoh hari yang tersebar dari wilayah Wuhan, China dan sekarang kerajaan China telah mengeluarkan amaran yang virus baharu ini seperti SARS telah meragut sebanyak 9 nyawa. Setakat ini, ratusan individu telah dijangkiti wabak ini termasuk beberapa negara lain.

ADVERTISEMENT

Kalau korang nak tahu, wabak virus corona ini juga boleh mengalami mutasi. Timbalan Menteri Kesihatan Kebangsaan China, Li Bin turut berkata yang virus ini boleh disebarkan hanya melalui pernafasan dan boleh menyebabkan radang paru-paru yang telah menjangkiti lebih 440 individu.

Kami akan meningkatkan usaha penyelidikan untuk mengenal pasti sumber dan penyebaran penyakit tersebut. – Katanya.

Jadi apa pula yang kita di Malaysia perlu lakukan? Sekarang semakin banyak negara telah mengambil keputusan untuk tingkatkan usaha mengelak dari masuknya virus ini ke dalam negara.

Amerika Syarikat adalah negara yang seterusnya menerima seorang pesakit yang dipercayai terkena wabak ini. Jadi, diharapkan pihak kerajaan buatlah sesuatu bagi mengelak virus corona ini masuk ke dalam negara. Jangan sudah ada 1 kes baru nak bertindak.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas