Connect with us

Oh! Media

Keputusan Kes Bunuh Zulfarhan Osman, Tertuduh Perlu Bela Diri Atau Sebaliknya?

Umum

Keputusan Kes Bunuh Zulfarhan Osman, Tertuduh Perlu Bela Diri Atau Sebaliknya?

Masih ingatkah anda semua dengan kisah arwah Zulfarhan Osman yang di bunuh oleh rakan sekadet dengan tekapan seterika wap di badan serta dibelasah dua tahun dulu? Kini keputusan sama ada 19 penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), perlu membela diri atau sebaliknya dalam kes ini akan di ketahui 31 Julai ini.
Tarikh itu ditetapkan Hakim Datuk Azman Abdullah di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur, hari ini selepas mendengar hujahan pihak pendakwaan dan pembelaan di hadapannya.

ADVERTISEMENT

Timbalan Pendakwa Raya, Julia Ibrahim berkata, pihak pendakwaan menghujahkan bahawa terdapat 90 tekapan seterika wap di badan Zulfarhan. Hujahnya, 90 tekapan itu menyebabkan kecederaan sehingga 80 peratus pada badan mangsa, berdasarkan laporan pakar patologi Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Dr Salmah Arshad yang merupakan saksi keenam kes ini.
Sementara itu, antara isu yang dibangkitkan pihak pembelaan adalah punca kematian Zulfarhan bukan kerana luka dan kesan panas yang disebabkan tekapan seterika wap. Peguam Amer Hamzah Arshad yang mewakili tertuduh pertama, Muhammad Akmal Zuhairi ketika ditemui selepas prosiding berkata, kematian Zulfarhan disebabkan faktor luaran.
“Pada awal rawatan keadaan Zulfarhan berada dalam keadaan baik tetapi mangsa kritikal selepas bertukar ubat,” katanya.
Mereka bersama 13 lagi penuntut lain turut didakwa atas pertuduhan dengan sengaja menyebabkan cedera terhadap mangsa bagi maksud hendak memerasnya untuk mendapatkan pengakuan mencuri komputer riba.
Sumber: MyMetro

+Baca respon pembaca di Oh! Media.


Facebook Oh! Media


Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas