Connect with us

Oh! Media

Kepak Ayam Bersalut Emas Menjadi Rebutan? Dijual Pada Harga RM4,000

Umum

Kepak Ayam Bersalut Emas Menjadi Rebutan? Dijual Pada Harga RM4,000

Alah membeli, menang memakai, korang mesti pernah dengar peribahasa melayu ni kan. Tapi kami rasa tak sesuai nak gunakan ayat ini untuk hanya membeli kepak ayam yang berharga RM4,133.

Kalau korang nak tahu, ada sebuah restoran yang dibuka di New York, The Ainsworth telah mengeluarkan satu menu kepak ayam bersalut emas 24 arat dengan harga mencecah $1,000 atau lebih kurang RM4,133.

Memang tidak masuk akal. Menu yang tela dikongsikan oleh akaun Twitter @InsiderFood itu telah membuatkan ramai tertanya-tanya apa yang menyebabkan kepak ayam ini begitu mahal dan adakah ia berbaloi untuk dicuba.

IKLAN

Jika dilihat dari video yang dikongsikan oleh Food Insider ini, pada pengakhiran video, pengacara ada mengeluarkan satu botol campagne yang berjenama mahal iaitu Armand de Brignac dan inilah yang membuatkan menu ini lebih mahal sehingga $1,000.

Jadi tidak begitu terkejutlah, kerana harga champagne yang mewah memang mahal sehingga mencecah puluhan ribu ringgit.

Jadi, kalau ada menu kepak ayam bersalut emas 24 karat di Malaysia, korang akan cuba atau tidak? Kalau murah boleh cuba, kalau mahal kita makan kepak ayam RM1 tu jer lah ya.

+ Baca respon pembaca di Oh! Media.



OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas