Connect with us

Oh! Media

“Kenapa Perlu Berkira Sebab Nanti Akan Dapat Manfaat?” – Zul Ariffin

Umum

“Kenapa Perlu Berkira Sebab Nanti Akan Dapat Manfaat?” – Zul Ariffin

Tak sangka ada segelintir pelakon di Malaysia kalau nak promosikan drama dan filem kena membuat bayaran di media sosial, dah macam instafamous nak buat paid review. Tetapi Zul Ariffin pula bukan jenis yang macam tu sebab dia pun masih laris dengan macam-macam drama dan filem.

ADVERTISEMENT

Dia tak ada lah sampai nak buat bayaran macam paid review kalau nak promosi drama tau filem dia, malah dia ikhlas dan tidak berkira langsung untuk mempromosikan produksi yang dibintanginya di media sosial. Haaa macam ni lah pelakon Malaysia yang lain patut contohi, baru murah rezeki.

“Menerusi produk yang ditayangkan, peminat akan menyedari hasil kerja kita. Jadi, mengapa perlu berkira kerana nanti kita juga akan mendapat manfaatnya? Lagipun, sekarang banyak medium yang ada untuk mempromosikan produk dengan lebih cepat dan berkesan. Saya juga tidak kisah jika diminta turun padang, malah berbesar hati menerima peluang itu,” katanya.

Zul berkata dengan cara itu dia boleh mendekatkan diri lagi bersama peminat dan bukannya memikirkan keuntungan peribadi malah dia pun nak jaga hubungan jangka panjang dengan stesen televisyen dan pihak produksi.

“Saya tahu ada pelakon yang berkira jika diminta mempromosikan lakonan mereka di Instagram. Mengapa terlalu berkira, sedangkan mereka juga terbabit dalam produksi yang mahu dipromosikan itu. Apa yang kita buat diperhatikan.

“Kalau terlalu berkira, mungkin produksi berat hati untuk memberikan tawaran baharu. Kita perlu menjaga hubungan, terutama dengan syarikat produksi besar. Jika drama lakonan mendapat sambutan, pelakon juga yang akan untung apabila menerima pelbagai tawaran baharu,” katanya.

+ Baca respon pembaca di Oh! Media.


Oh! Makan

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas