Connect with us

Oh! Media

Kemuliaan Rasulullah SAW Berbanding Para Malaikat

Umum

Kemuliaan Rasulullah SAW Berbanding Para Malaikat

Soalan:
Siapakah yang lebih afdhal dan lebih mulia antara Nabi Muhammad SAW dengan para Malaikat?

ADVERTISEMENT

Jawapan:
Rasulullah SAW adalah mahluk yang paling mulia pada seluruh alam ciptaan Allah ini.

Rasulullah SAW telah bersabda :

أَنَا سَيِّدُ وَلَدِ آدَمَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ، وَأَوَّلُ مَنْ يَنْشَقُّ عَنْهُ الْقَبْرُ، وَأَوَّلُ شَافِعٍ، وَأَوَّلُ مُشَفَّعٍ
“Aku adalah penghulu seluruh manusia keturunan Adam pada hari Kiamat dan aku orang yang pertama bangun dari kubur dan orang pertama yang memberi syafaat dan dibenarkan memberi syafaat.”


Berkata Imam Nawawi :

وهذا الحديث دليل لتفضيله صلى الله عليه وسلم على الخلق كلهم، لأن مذهب أهل السنة أن الآدميين أفضل من الملائكة، وهو صلى الله عليه وسلم أفضل الآدميين وغيرهم
“Bermula hadith ini menjadi dalil kepada lebihnya Rasulullah SAW atas sekalian makhluk dari kerana mazhab Ahlul Sunnah sesungguhnya manusia lebih afdhal dari para Malaikat dan Rasulullah SAW lebih afdhal dari sekalian manusia dan lainnya.”

Wallahua’lam.

+ Ustaz Azhar Idrus
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas