Connect with us

Oh! Media

Kemenangan Tok Mat di Dun Rantau Terbatal

Capturepng

Oh! Negara

Kemenangan Tok Mat di Dun Rantau Terbatal

Mahkamah Pilihan Raya Seremban hari ini memutuskan kemenangan Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan pada PRU14 bagi kerusi Dun Rantau adalah terbatal dan tidak sah.

Hakim Datuk Azimah Omar membuat keputusan itu selepas mendengar hujahan daripada peguam pempetisyen, Dr S Streram dan responden Mohamad dalam perbicaraan yang berlangsung selama 12 hari melibatkan 19 saksi perbicaraan.

“Ini diakui peguam responden kedua dan ketiga dalam hujahan bertulisnya, namun masih cuba menegakkan benang yang basah.

IKLAN

“Sebagai institusi bebas sewajarnya melaksana segala tugas diberikan bawah undang-undang pilihan raya bagi memastikan proses berjalan dengan bebas, adil dan telus.

“Dengan jawapan negatif itu, tindakan menghalang adalah satu tindakan dan perlakuan diluar undang-undang dan peraturan pilihan raya. Tindakan sedemikian tidak munasabah dan melanggar tugas pengendalian pilihan raya,” katanya.

Sehubungan itu katanya, mahkamah memerintahkan satu pilihanraya kecil untuk kawasan Dun Rantau diadakan serta merta.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas