Connect with us

Kembar Tiga Tinggalkan Sekolah Demi Hafal Al-Quran

Umum

Kembar Tiga Tinggalkan Sekolah Demi Hafal Al-Quran

 

Tidak semua manusia bertuah dilahirkan sebagai kembar, apatah lagi dilahirkan kembar 3. Bagi kembar tiga yang berasal dari Indonesia iaitu Abdul Hannan, Abdul Mannan dan Abdul Ihsan ini menjadikan hubungan persaudaraan mereka amat bermakna pabila mereka sama-sama melaksanakan misi menghafal Al-Quran dalam masa sembilan bulan.

Menurut Ihsan, mereka bertiga mula menghafal Al-Quran setelah mendapat bimbingan dari ustaz pengasuh Darul Quran dan mereka diminta untuk fokus menghafal tanpa disibukkan dengan kegiatan lain.

“Kita benar-benar hafal Al-Quran awal 2012. Alhamdulillah, selesai dalam sembilan bulan. Kata ustaz, enggak usah sekolah, menghafal Al-Quran sahaja. Insya Allah yang lain (pendidikan) akan mengikuti nanti,” kata Ihsan.

Walaupun mereka meninggalkan bangsu sekolah untuk memberi fokus yang sepenuhnya demi menghafal kitab suci Allah itu namun pelajaran tidak ditinggalkan sepenuhnya.

“Kita tetap belajar, tetapi tidak seperti sekolah umum. Istilahnya kita home schooling, belajar sendiri,” ungkapnya.

Pada peringkat awal, mereka diwajibkan menghafal empat surat pilihan. Empat surat itu adalah Al Waqiah, Ar Rahman, Al Mulk, dan Yasin dan ianya selesai dalam masa satu hingga dua bulan sahaja.




Walaubagaimanapun, Ihsan mengakui menjalani proses menghafal Al-Quran bukan sesuatu yang mudah. Mereka pun sempat merasa begitu beratnya untuk boleh menjadi seorang hafiz.


“Pada mulanya berat. Cuma namanya sudah ada keinginan, walaupun berat kita paksakan,” tuturnya.

Namun, ia ditempuhi jua dengan kaedah memperbanyakkan membaca Al-Quran. Setiap ayat yang dibaca akan diulang sehingga 20 kali malah ada yang sehingga 60 kali dan bagi ayat yang panjang, mereka membahagikan kepada beberapa bahagian agar menjadi pendek dan senang untuk dihafal.

“Semakin sering diulang, maka semakin mudah hafal. Seiring berjalannya waktu, kita merasakan ada kenikmatan,” ujarnya.

Mereka bertiga bersyukur kerana berjaya menghafal seluruh Al-Quran dan merasakan ianya sebagai suatu nikmat.

OHMEDIA: Bertuahnya ibubapa mereka memiliki anak yang soleh seperti mereka bertiga. Semoga mereka istiqomah.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Mencipta Oh! Media sejak dari dalam perut mak lagi. Hi Awak!

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Trending

To Top