Connect with us

Oh! Media

Kemalangan Cub Prix Harus Perhalusi Perkara Meragukan – Wazi

Waziab 1545023211jpg

Umum

Kemalangan Cub Prix Harus Perhalusi Perkara Meragukan – Wazi

Berikutan dengan kemalangan di perlumbaan Cub Prix sehingga menyebabkan kematian pelumba muda Mohd Hafiz Nor Azman, lagenda lumba motosikal negara iaitu Wazi Abdul Hamid berkata, sebarang perkara meragukan yang berlaku di litar perlumbaan motosikal perlu diperhalusi bagi mengelak insiden sama berulang.

Menurutnya, dalam insiden semalam yang mengorbankan seorang pelumba CP150, Mohd Hafiz Nor Azman, satu jawatankuasa perlu dibentuk agar penyelesaian menyeluruh dibuat diperingkat penganjur, pelesen dan pihak berkuasa.

“Berdasarkan pengalaman saya, insiden seperti ini boleh diberi satu kajian menyeluruh libatkan semua pihak bukan sahaja penganjur, tetapi pelumba.

IKLAN

“Jika nak kata ada kecuaian, its not fair, tetapi kena ada usaha tertentu dari semua pihak melihat lebih jelas bagaimana nak elakkan nahas sama berlaku pada masa akan datang,” katanya kepada pemberita selepas menziarah jenazah Mohd Hafiz di Kampung Serdang Permai, Simpang Pulai, hari ini.

Jenazah Allahyarham tiba dari Hospital Kota Tinggi, Johor sekitar jam 5.30 pagi dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Serdang Permai, hari ini.

Insiden yang melibatkan kematian pelumba sewaktu kejuaraan berlangsung sudah berlaku dua tahun berturut-turut.

“Kali pertama tahun lepas di Terengganu dan kali ini di Johor, di situ ada beberapa perkara meragukan yang perlu diberi perhatian,” katanya.

Beliau turut menyifatkan pemergian Mohd Hafiz sebagai satu kehilangan besar bintang muda dalam sukan permotoran.

Katanya, Allahyarham layak diangkat sebagai ikon atas bakatnya yang menyerlah tanpa mengenepikan pendidikan.

“Saya mengenali sejak kecil, apa berlaku hari ini, kita bukan sahaja kehilangan seorang bintang tetapi seorang juara,” katanya.

Sumber: Sinar

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas