Connect with us

Oh! Media

Keluar Mani Di Siang Hari Bulan Ramadhan

img 2190png

Umum

Keluar Mani Di Siang Hari Bulan Ramadhan

Soalan:
Apakah sah puasa orang keluar mani di siang hari apabila menyedarinya ketika bangun daripada tidur?

Jawapan:
Bagi menjawab persoalan ini, kami nukilkan teks asal daripada kitab al-Muktamad di dalam mazhab al-Syafie:

“Keluarnya mani dengan sengaja dengan tanpa bersetubuh seperti bercium, onani dengan tangannya atau dengan tangan isterinya atau onani dengan sentuhan kerana ia dikira sebagai inzal (terpancutnya mani) dengan cara mubasyarah (berseronok dengan bersentuhan tanpa lapik). Adapun jika mani itu keluar dengan cara tidak sengaja (bukan disebabkan perkara-perkara di atas atau dengan bermesraan) maka hal tersebut tidak membatalkan puasa.

IKLAN

Begitu juga, jika dia melihat dengan matanya walaupun diulang-ulang penglihatan tersebut tanpa bersentuhan atau berfikir di dalam hatinya tanpa bersentuhan lalu inzal (terpancut atau keluar mani) maka hal ini tidak membatalkan puasa kerana tidak berlakunya mubasyarah. Selain itu, hal ini sama juga bagi sesiapa yang bermimpi pada siang hari Ramadhan maka tidak membatalkan puasa secara ijma’ (ulama’) kerana perkara ini di luar kawalannya.” [Lihat: al-Muktamad, 184/2]

Pendapat ini didasarkan dengan sebuah hadith sebagaimana yang dinyatakan oleh Syeikh Mustafa al-Bugho di dalam Sunan Abi Daud bahawa hadith ini mubham iaitu tidak diketahui siapa yang meriwayatkan tetapi perkara ini telah dijelaskan oleh Imam al-Darquthni. [Lihat: Ifadah al-Raghibin, 655/1]


Daripada Abi Said al-Khudri RA, bahawa Nabi SAW:

لَا يُفْطِرُ مَنْ قَاءَ، وَلَا مَنْ احْتَلَمَ، وَلَا مَنْ احْتَجَمَ
“Tidak berbuka (batal puasa) sesiapa yang muntah, tidak juga sesiapa yang bermimpi dan tidak juga sesiapa yang berbekam.” [Riwayat Abu Daud (2376)]

Untuk itu, kami katakan bahawa tidak batal puasa bagi orang yang keluar air mani ketika tidur dengan syarat air mani itu keluar dengan sendirinya bukannya dengan sebab-sebab kemesraan. Ini kerana, perkara ini berlaku bukan dengan kehendaknya dan ia juga di luar kawalannya. Tambahan pula, orang yang tidur taklifnya diangkat dan tidak diambil kira.

Akhirnya, semoga Allah SWT menerima amalan kita serta memberi kita kefahaman di dalam agama ini agar kita dapat meneruskan amal ibadah seharian dengan sempurna pada bulan yang mulia ini. Amin.

Wallahua’lam.

+ Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca Di Facebook Oh! Media

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Khai Hassan Pengasas & Pengarah Oh! Media
Pengasas dan Pengarah Oh! Media sejak 2008. Telah mencipta jenama ini sejak dari dalam perut mak lagi. Tak percaya tanya mak saya.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas