Connect with us

Oh! Media

Kelibat Yuna, Zizan, Harith dan Siti Nordiana Dalam Satu Video Unik ‘leaked’ di Internet

Screen2bshot2b2017 03 232bat2b180730png

Umum

Kelibat Yuna, Zizan, Harith dan Siti Nordiana Dalam Satu Video Unik ‘leaked’ di Internet

Satu rakaman video unik selama 7 saat tersebar di internet dengan kelibat nama-nama besar dalam industri hiburan tanahair.

Menerusi video tersebut dapat dilihat Zizan, Yuna, Harith dan Siti Nordiana memakai pakaian kostum seakan-akan superhero yang agak luarbiasa malah tidak pernah kita lihat diperagakan oleh mereka sebelum ini.

Seperti yang kita tahu, Siti Nordiana yang merupakan pemenang program Gegar Vaganza musim ke-2 ini, sentiasa menjaga penampilannya agar sentiasa manis tetapi kali ini Siti Nordiana membuat satu penampilan yang berbeza dengan penuh kelainan sebagai watak seorang adiwira wanita!

Begitu juga dengan Zizan Razak yang terkenal dengan ketangkasannya dalam filem Polis Evo, apa pula yang cuba ditampilkan oleh Zizan dalam video ini?

IKLAN

Malah, amat mengejutkan lagi apabila kelibat Yuna yang sedang meningkat naik di Amerika Syarikat turut dapat dilihat dalam video tular tersebut.

Harith Iskander yang dinobatkan sebagai orang paling kelakar di dunia turut ada di dalam video tersebut. Mungkinkah Harith ingin mengembangkan lagi bakatnya dalam bidang filem sebagai seorang superhero?

Jika diteliti daripada video tersebut, mungkinkah mereka sedang menghasilkan sebuah filem bersama-sama? Apa yang pasti, jika benar ini adalah filem terbaru mereka pastinya ia adalah gabungan yang sangat hebat.

Video Yang Tular Di Internet:






🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Khai Hassan
Penjinak sepenuh masa di Oh! Media. Telah mencipta jenama ini sejak dari dalam perut mak lagi. Tak percaya tanya mak saya | Instagram
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas