Connect with us

Oh! Media

Kelebihan Mati Dan Ditanam Di Tanah Haram

Umum

Kelebihan Mati Dan Ditanam Di Tanah Haram

Dalil-dalil

ADVERTISEMENT

1. Diriwayatkan dari Aisyah r.a katanya Rasulullah saw berdoa:

اللَّهُمَّ حَبِّبْ إِلَيْنَا الْمَدِينَةَ كَحُبِّنَا مَكَّةَ أَوْ أَشَدَّ
“Ya Allah jadikan kami kasih kepada negeri Madinah sebagaimana kami kasih kepada negeri Mekah bahkan lebih kasih lagi.” (Hadith Bukhari)

2. Diriwayatkan dari Abdullah bin Umar r.a Rasulullah saw bersabda:

مَنْ اسْتَطَاعَ أَنْ يَمُوتَ بِالْمَدِينَةِ فَلْيَمُتْ بِهَا ؛ فَإِنِّي أَشْفَعُ لِمَنْ يَمُوتُ بِهَا
“Barangsiapa yang mampu bahawa mati ia di negeri Madinah maka matilah di sana. Maka sungguhnya aku akan memberi syafaat kepada orang yang mati di Madinah.” (Hadith Tirmidzi dalam Sunannya dan An-Nasaaie dalam Sunan Kubra dan Ibnu Hibban dalam Sahihnya)

3. Dan diriwayatkan dari Jabir r.a Rasulullah saw bersabda:

مَنْ مَاتَ فِي أَحَدِ الْحَرَمَيْنِ بُعِثَ آمِنًا يَوْمَ الْقِيَامَةِ
“Barangsiapa mati ia pada salah satu tanah haram akan dibangkitkan pada hari Kiamat dalam keadaan aman.” (Hadith At-Tabarani)

4. Diriwayatkan dari Umar r.a beliau pernah berdoa:

اللَّهُمَّ ارْزُقْنِي شَهَادَةً فِي سَبِيلِكَ، وَاجْعَلْ مَوْتِي فِي بَلَدِ رَسُولِكَ صلى الله عليه وسلم‏
“Ya Allah kurniakan aku syahid pada jalan-Mu dan jadikan kematianku di negeri Rasul-Mu saw.” (Riwayat Bukhari)

Perkataan Ulama’

1. Telah berkata Imam Malik:

أَنَّ سَعْدَ بْنَ أَبِي وَقَّاصٍ وَسَعِيدَ بْنَ زَيْدِ بْنِ عَمْرِو بْنِ نُفَيْلٍ تُوُفِّيَا بِالْعَقِيقِ ، وَحُمِلَا إِلَى الْمَدِينَةِ وَدُفِنَا بِهَا
“Bahawasanya Saad bin Abi Waqas dan Said bin Zaid bin ‘Amr bin Naqil meninggal dunia di ‘Atiq lalu diusung akan keduanya ke Madinah dan ditanam disana.” (Kitab Al-Muwatta’)

2. Berkata Imam Syafie:

يستحب الدفن في أفضل مقبرة في البلد لما ذكره المصنف ، ولأنه أقرب إلى الرحمة ، قالوا : ومن ذلك المقابر المذكورة بالخير ودفن الصالحين فيها
“Disunatkan tanam mayat pada sebaik-baik kubur di dalam negeri telah disebut ia lebih hampir kepada rahmat. Berkata para ulama: Setengah dari tempat yang baik itu kubur yang disebut dengan mempunyai kelebihan yang ditanam para solihin disana.” (Kitab Al-Umm)

3. Dan berkata Imam Syafie lagi:

ولا أحب إذا مات الميت في بلدة أن ينقل إلى غيرها وبخاصة إن كان مات بمكة أو المدينة أو بيت المقدس ، اللهم إلا أن يكون بالقرب من مكة أو المدينة أو بيت المقدس فيختار أن ينقل إليها لفضل الدفن فيها
“Tidak aku sukai apabila mati seseorang pada satu negeri lalu dipindahkan ke negeri yang lain terutama jika mati ia di negeri Mekah atau Madinah atau Baitul Maqdis. Melainkan jika mati ia dekat dengan negeri Mekah atau Madinah atau Baitul Maqdis maka yang elok bahawa dipindahkan ke sana untuk ditanam padanya.” (Kitab Al-Haawi Kabir)

4. Berkata Imam Nawawi:

يستحب طلب الموت في بلد شريف
“Disunatkan untuk memohon kepada Allah supaya mati di negeri yang mulia.” (Kitab Al-Majmu’)

5. Dan kata Imam Nawawi lagi:

يسن تمنيه ببلد شريف أي مكة أو المدينة أو بيت المقدس
“Disunatkan mencita-cita untuk mati di negeri yang mulia iaitu Mekah atau Madinah atau Baitul Maqdis.” (Majmu’ Syarah Muhazzab)

Wallahua’lam.

+ Ustaz Azhar Idrus (Original)
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas