Connect with us

Oh! Media

“Kekuatan Mental Itu Sangat Penting” – Scha Alyahya

copy2bof2badd2ba2blittle2bbit2bof2bbody2btext2b252812529png

Umum

“Kekuatan Mental Itu Sangat Penting” – Scha Alyahya

Bila bergelar sebagai seorang selebriti ni mental kena kuat sebab kita kenal diri kita siapa dan bukannya orang luar tahu semua benda pasal kita. Betul tak gais? Lagi-lagi bila berada di media sosial apabila dikecam dan dihina oleh netizen.


Maklumlah, makcik dan pakcik bawang ni biasanya tak boleh tengok hidup kita senang. Ada je benda tak kena. Buat tu salah, buat ni salah. Seperti Scha Alyahya mengatakan bahawa seseorang selebriti perlu ada dari segi kekuatan mental dan kita tak perlu risau pun dengan apa orang cakap pasal kita.

Biasanya makcik pakcik bawang ni just nak attention je tetapi korang kena ingat, semua manusia tak sempurna di atas muka bumi ni. Semua ada kekurangan masing-masing. Apabila kita menjaga aib orang, insyaAllah, Allah pun akan menjaga aib kita nanti.

Kehidupan seorang selebriti stres dan depres jika terlalu ikut apa yang orang luar mahukan kerana selebriti hanya manusia biasa yang tidak sempurna. Kekuatan mental itu sangat penting, kena tahu siapa diri kita dan jangan terlalu risau dengan apa yang orang cakap fasal kita. Media sosial menjadi medium dan outlet segelintir selebriti melepaskan perasaan sama ada buat video atau live. Mungkin merasa rasa ingin berkongsi atau rasa sunyi. Mereka mahu rintihan didengari sehingga mereka nampak seperti memberontak dan kaki drama. Saya rasa tak ada masalah, asalkan perkara itu tidak menyakitkan diri mereka sendiri. Daripada meletakkan harapan terlalu tinggi kepada kami, apa kata kalau sokong sahaja keputusan kami. Semua orang ada pendapat masing-masing cuma kita perlu tahu siapa diri kita dan cuba untuk jadi lebih baik.

Haa sis sokong dengan kata-kata Scha Alyahya sebab kita tak perlu pun nak lepaskan ketidakpuasan hati kita terhadap seseorang. Mungkin kata-kata kita juga akan membuat orang tu kecil hati. At the end, tengok macam kes Sulli tu.

IKLAN

So disini sis cuba sampaikan adalah kita perlu menjadi contoh yang baik apabila berada di sosial media mahupun di luar dan menjadi sumber inspirasi kepada orang lain. Apapun, sis doakan Scha terus maju jaya dalam industri hiburan. Amin!

Sumber: mStar

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh Youtube!

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Khai Hassan Pengasas & Pengarah Oh! Media
Pengasas dan Pengarah Oh! Media sejak 2008. Telah mencipta jenama ini sejak dari dalam perut mak lagi. Tak percaya tanya mak saya.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas