Connect with us

Oh! Media

Kekalahan Memalukan Buat Real Madrid

real madrid vs real sociedad highlightsjpg

Umum

Kekalahan Memalukan Buat Real Madrid

Real Madrid tewas mengejut 0-2 di laman sendiri di tangan Real Sociedad awal pagi tadi, sekaligus menyaksikan mereka kini ketinggalan 10 mata di belakang Barcelona.

Madrid beraksi dengan 10 pemain selama setengah jam selepas Lucas Vazquez dibuang padang dan ketika itu, mereka sudah ketinggalan satu gol menerusi sepakan penalti Willian Jose pada minit ketiga dan ini merupakan kekalahan yang memalukan buat mereka.

Ruben Pardo memastikan kemenangan Sociedad pada minit ke-83, sekaligus meraih kejayaan pertama mereka ke atas Real sepanjang 22 pertemuan terakhir.

IKLAN

Berikutan keputusan mengecewakan itu, pengendali Real, Santiago Solari kini dilihat berada dalam situasi semakin terancam sejak menggantikan Jule Lopetegui, pada November tahun lalu.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas