Connect with us

Oh! Media

Kek Perkahwinan Puteri Diana Yang Dibuat 34 Tahun Lalu Di Lelong

ohmedia lady diana cake 2jpg

Umum

Kek Perkahwinan Puteri Diana Yang Dibuat 34 Tahun Lalu Di Lelong

LOS ANGELES: Kek perkahwinan mendiang Puteri Diana yang dibuat 34 tahun lalu akan dilelong dengan harga £2,600 (RM16,800) sepotong.

Meskipun terlalu lama, kek buah itu masih boleh dimakan kerana kandungan alkoholnya yang tinggi.

Kek itu dibalut khas dan dimasukkan ke dalam kotak sejak perkahwinan Diana dengan Putera Charles pada 29 Julai 1981.

IKLAN

Kek yang dijual itu juga diiringi dengan nota ucap selamat daripada pasangan berkenaan.

Jurucakap syarikat lelong Nate D Sanders, Sam Heller berkata: “Perkahwinan Diana dan Chales menarik tumpuan seluruh dunia.

“Malah, hingga ke hari ini, mendiang puteri itu masih menjadi tarikan.

“Saya pasti ramai yang bersedia untuk memiliki sekeping bahan sejarah daripada perkahwinan paling terkenal abad ke-20.”

Lelongan diadakan di Los Angeles hari ini. – Agensi

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Khai Hassan Pengasas & Pengarah Oh! Media
Pengasas dan Pengarah Oh! Media sejak 2008. Telah mencipta jenama ini sejak dari dalam perut mak lagi. Tak percaya tanya mak saya.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas