Connect with us

Oh! Media

Keith Foo Dedah Sudah Cerai Disember Tahun Lalu

Oh! Artis

Keith Foo Dedah Sudah Cerai Disember Tahun Lalu

Pelakon popular dengan drama Ariana Rose, Keith Foo berusia 37 tahun mendedahkan bahawa dirinya sudah bercerai dengan isterinya, Kim Raymond yang juga merupakan seorang model pada Disember tahun lalu.

ADVERTISEMENT

Menurut laporan Harian Metro, dia dan bekas isterinya itu mengambil keputusan untuk berpisah selepas mereka tidak tinggal sebumbung sejak tahun 2018. Walaubagaimanapun, mereka masih menjaga hubungan baik demi anaknya, Skylar Raymond Foo.

Kami berpisah sejak dua tahun lalu tetapi secara rasminya bercerai pada Disember tahun lepas. Walaupun sudah tidak lagi bersama, kami masih menjaga hubungan baik dengan bekas isteri demi anak, Skylar Raymond Foo. -kata Keith Foo

Keith juga berkata dia dan isterinya seperti rakan baik dan tiada masalah yang terjadi diantara mereka walaupun sudah tidak lagi bergelar sebagai suami dan isteri. Penceraian adalah jalan terbaik bagi kedua-dua belah pihak sebelum hubungan mereka menjadi lebih parah.

Kami sudah seperti rakan baik dan tiada masalah yang terjadi antara kami berdua biarpun tidak lagi bergelar suami isteri. Anak tinggal dengan bekas isteri, tapi setiap hari saya akan cuba mencari ruang untuk bersamanya (anak). Jika saya bercuti dan tiada penggambaran, anak akan tidur di rumah saya.

Kami berpisah secara baik. Perkahwinan tidak boleh dipaksa. Daripada kita paksa-paksa atau tangguh-tangguhkan, tak tahu apa akan jadi di masa akan datang. Jika dipaksa dan tiada persefahaman, takut perkara lebih buruk akan terjadi nanti. Sekarang, situasi yang kami hadapi jadi lebih baik. -katanya lagi.

Kalau nak tahu, Keith Foo dan bekas isterinya, Kim Raymond pernah mendirikan rumah tangga pada bulan November 2015 dan mereka telah dikurniakan seorang anak yang bernama Skylar Raymond Foo pada 30 Mei 2017.

OHMEDIA: TAK ADA JODOH. NAK BUAT MACAM MANA KAN? DOA YANG BAIK-BAIK.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.




Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas