Connect with us

Oh! Media

Kedudukan Kaki Ketika Sujud

img 7638png

Umum

Kedudukan Kaki Ketika Sujud

Soalan:
Ketika sedang sujud adakah kedua kaki direnggangkan atau dirapatkan. Mana satu cara yang betul?

Jawapan:
Adalah harus ketika sujud seorang itu merenggangkan antara kedua tapak kakinya atau merapatkannya. Jumhur ulama’ mengatakan bahawa sunat merenggangkan kedua tapak kaki ketika sedang sujud manakala ulama’ mazhab Hanafi berkata sunat dirapatkan akan keduanya.

Diriwayatkan dari Abu Humaid r.a beliau menceritakan tentang cara solat Nabi saw dengan katanya:

وإذا سجد فَرَّج بين فخذيه
“Apabila Nabi saw sujud baginda merenggangkan antara kedua pahanya.” [Hadith ini sahih yang telah diriwayatkan oleh Abu Daud (no 735)]

IKLAN

Berkata Imam Syaukani:

( فرَّجَ بين فخذيه ) أي : فرق بين فخذيه ، وركبتيه ، وقدميه . قال أصحاب الشافعي : يكون التفريق بين القدمين بقدر شبر
“Merenggangkan antara dua pehanya itu ertinya merenggangkan antara kedua peha dan kedua lutut dan kedua tapak kakinya. Dan berkata ashab Syafie: Adalah merenggangkan antara kedua tapak kaki itu ialah kadar sejengkal.” (Kitab Nailul Authar: 2/297)

Berkata Imam Nawawi:

قال الشافعي والأصحاب : يستحب للساجد أن يفرج بين ركبتيه وبين قدميه . قال القاضي أبو الطيب في تعليقه : قال أصحابنا : يكون بين قدميه قدر شبر
Telah menyebut oleh Imam Syafie: “Adalah disunatkan bagi orang yang sujud bahawa merenggangkan antara dua lututnya dan dua tapak kakinya.” Berkata Qadhi Abu Tayyib pada takliqnya: “Berkata ashab kami adalah renggang antara dua tapak kaki itu ialah kadar sejengkal.” (Al-Majmu’ : 3/407)

Wallahua’lam.

Oleh: Ustaz Azhar Idrus
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media

Oh! Makan


OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Khai Hassan Pengasas & Pengarah Oh! Media
Pengasas dan Pengarah Oh! Media sejak 2008. Telah mencipta jenama ini sejak dari dalam perut mak lagi. Tak percaya tanya mak saya.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas