Connect with us

Oh! Media

Tiada Sekatan Keluar Lebih 10KM Pada PKBB Kali Ini, Tetapi Masih Tidak Boleh Rentas Negeri

Umum

Tiada Sekatan Keluar Lebih 10KM Pada PKBB Kali Ini, Tetapi Masih Tidak Boleh Rentas Negeri

Berhubungan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bahawa perintah untuk keluar rumah tidak lebih dari 10KM tidak akan dilaksanakan untuk PKPB ini. Ini bererti, rakyat Malaysia boleh keluar dengan sebab yang sah lebih dari 10KM.

ADVERTISEMENT

Namun, beliau menegaskan bahawa kelonggaran berkenaan tidak tertakluk kepada pergerakan rentas negeri (masih dilarang). Jelas Sabri, rentas negeri hanya dibenarkan pada empat hari yang diberi pengecualian, bagi membolehkan mereka yang terkandas di kampung untuk pulang ke kediaman masing-masing dan kembali bekerja.

Sumber gambar dari Free Malaysia Today

Tambah beliau, empat hari pelepasan untuk rentas negeri bermula pada 7 hingga 10 Mei, Jumaat hingga Ahad. Menteri Kanan berkenaan memaklumkan bahawa hanya individu yang mendapat kelulusan pergerakan, dinasihatkan untuk menggunakan tarikh tersebut untuk membuat perjalanan berkenaan.

Untuk info, aktiviti rentas negeri hanya dibenarkan diatas budi bicara serta kelulusan dari pihak polis.

OHMEDIA: GUNAKAN KELONGGARAN INI SEBAIKNYA DAN JANGAN SALAHGUNAKAN UNTUK KEPENTINGAN PERIBADI.

Sumber: Metro Online

+ Baca respon pembaca kebenaran keluar dari radius 10 kilometer di Facebook Oh! Media



Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas