Connect with us

Oh! Media

Tindakan Pantas Petugas HSA Selamatkan Pesakit Keluar Wad Dipuji

Umum

Tindakan Pantas Petugas HSA Selamatkan Pesakit Keluar Wad Dipuji

Petang tadi telah tersebar satu rakaman video dari seorang pengguna Facebook yang menunjukkan satu kebakaran yang dipercayai berlaku di Wad Perubatan Hospital Sultanah Aminah (HSA).

ADVERTISEMENT

Kejadian itu dikatakan berlaku kira-kira jam 3 petang tadi (28 Jun 2020) dan perkara ini disahkan oleh Menteri Kesihatan, Datuk Sri Dr Adham Baba yang memaklumkan tiada kecederaan dan kematian dalam kejadian itu.




Dalam rakaman ini, kita dapat melihat pasukan perubatan telah menyelamatkan pesakit keluar dari banggunan. Tindakan pantas kakitangan menyelamatkan pesakit ini juga dipuji orang ramai.

Seramai 42 pesakit dipindahkan ke wad perempuan di bangunan HSA yang lain, manakala 10 pesakit yang memerlukan pemerhatian dipindahkan ke Hospital Permai. Kebakaran ini tiada kaitan dengan kebakaran empat tahun lalu kerana bangunan juga berbeza. Punca kebakaran masih disiasat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM). Tiada kematian seperti yang tular di media sosial. Kebakaran ini tidak membabitkan kecederaan dan kematian. – Katanya.

Buat masa ini, wad dan banggunan berkenaan telah ditutup sehingga ia disahkan selamat oleh JBPM dan Jabatan Kerja Raya (JKR).

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca yang mengetahui mengenai kejadian ini di Facebook Oh! Media.



Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas