Connect with us

Oh! Media

Kebakaran Gunung Baling Telah Berjaya Dipadam Hampir 85 Peratus

whatsapp image 2019 02 07 at 32901 pm 1549525439jpg

Umum

Kebakaran Gunung Baling Telah Berjaya Dipadam Hampir 85 Peratus

Kebakaran yang telah dikesan berlaku di Gunung Baling pada empat hari lalu telah berjaya dikawal dan setakat ini hampir 85 peratus telah berjaya dipadam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Baling, Mohd. Jamil Mat Daud berkata, bagaimanapun, sekiranya keadaan cuaca hari ini panas dan angin kuat ada kemungkinan api yang telah dipadam marak semula.

“Sehingga kini, hampir 85 peratus kebakaran berjaya dipadamkan dengan menggunakan jalan darat dan udara dan operasi pagi ini yang bermula pukul 7.30 pagi hanya mengesan beberapa titik kecil kebakaran yang jumlahnya semakin berkurangan.

IKLAN

“Kita juga mengesan satu titik kebakaran yang menghala ke arah kuari Gunung Baling tapi masih dalam keadaan terkawal,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Pihak berkuasa telah menggunakan helikopter MI-17 untuk mengawal kebakaran dan sehingga 9 pagi tadi, sebanyak tujuh beg ‘water bombing’ telah dilepaskan ke lokasi kebakaran di gunung itu.

“Selain itu, anggota bomba menggunakan ‘fire beater’ dan ‘jet shooter’ untuk membantu memadamkan kebakaran kecil yang turut dibantu oleh anggota daripada agensi penguat kuasa yang lain,” katanya.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas