Connect with us

Oh! Media

Kata-Kata Tun Mahathir Menyentuh Perasaan Umie Aida

Oh! Negara

Kata-Kata Tun Mahathir Menyentuh Perasaan Umie Aida

Untung betul anak angkat Datin Seri Umie Aida dan suaminya, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan yang bernama Aisya, baru umur sebulan dah dapat jumpa Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersama isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali di kediaman diaorang baru-baru ini.

ADVERTISEMENT

Time diaorang jumpa tu, Umie Aida memberitahu yang Dr Mahathir dan Dr Siti Hasmah teruja bila tengok dia dan suaminya membawa Aisya jumpa diaorang. Banyak tips dan nasihat yang dikongsi tentang cara membesarkan anak untuk Umie dan suaminya.

Umie dan suaminya memang nampak menyayangi dan menghormati diaorang yang sudah dianngap seperti ibu bapa sendiri dan Umie berterima kasih kepada diaorang di atas perkongsian yang amat berharga.

“Tun Siti menasihatkan Umie kalau boleh bagi Aisya minum susu badan. Itulah yang paling terbaik buat anak yang baru lahir. Insya-Allah Umie akan usahakan untuk membekalkan Aisya dengan susu badan.

“Tun Siti dan Tun Mahathir juga memberi ilmu membesarkan anak-anak. Umie amat hargai nasihat dan kesempatan yang diperoleh daripada dua negarawan yang dihormati itu,” katanya.

Umie dan suami berasa sebak dan tidak akan dapat melupakan momen terindah yang diberi pandangan oleh Dr Mahathir mengenai Aisyah. “Bertuah budak ini…” kata Dr Mahathir. Umie berkata dia berjanji akan menjaga amanah Allah itu dengan sebaiknya dan keputusan untuk memelihara Aisya adalah sangat tepat.

“Kehadiran Aisya adalah anugerah daripada Allah buat Umie dan suami. Rezeki mendapat Aisya memang tidak terduga. Bayangkan, kali terakhir Umie mengasuh anak 25 tahun lalu. Kali ini, Aisya hadir membawa kegembiraan baharu dalam keluarga kami. Semoga Aisya membesar sebagai anak yang solehah dan bertuah seperti mana kata Tun Mahathir. Alhamdulillah, kesempatan diperoleh dan Umie sangat gembira apabila Dr Mahathir dan Dr Siti Hasmah turut berkongsi kegembiraan Umie dan suami,” katanya,

Menurutnya, Umie dan suaminya bawa Aisya berjumpa dengan Perdana Menteri, Dr Mahathir dan Dr Siti Hasmah adalah merupakan hasrat yang disimpan olehnya. Untungnya! Sis pun tak berkesempatan nak jumpa diaorang.

+ Baca respon pembaca di Oh! Media.


Oh! Makan

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas