Connect with us

Oh! Tidak

Kanak-kanak Tidak Wajar Memiliki Akaun Media Sosial Peribadi

Kanak-kanak tidak patut memiliki akaun media sosial peribadi kerana bimbang ia boleh menyebabkan mereka mudah terdedah dengan jenayah siber termasuk jenayah pedofilia.

Menurut laporan Berita Harian, Pakar Perunding Kanan Psikiatri, Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Amer Siddiq Amer Nordin berkata, semua orang perlu sentiasa berhati-hati ketika menggunakan media sosial dan ibu bapa harus mengawasi anak-anak mereka.

IKLAN

“Kanak-kanak tidak perlu memiliki akaun, malah sepatutnya tidak boleh kerana ada had umur.

“Tetapi sebagaimana kita ketahui, memang ada berlaku dalam kalangan masyarakat,” katanya ketika dihubungi BH.

Dr Amir Siddiq berkata, ibu bapa perlu lebih peka dan mengawasi laman web yang sering anak-anak mereka kunjung.

“Jika boleh gunakan aplikasi atau filter yang akan memberitahu apakah aplikasi dilayari mereka.

“Selain itu, ajar anak risiko ketika berada di alam maya, misalnya, jangan beri maklumat kepada orang yang tidak dikenali, selain waspada jika ada individu (mungkin menyamar sebagai kanak-kanak) terutama jika meminta bahan pelik seperti gambar dan seumpamanya,” katanya.

Penggunaan laman sosial dalam tempoh lama akan meningkatkan lagi risiko gangguan seksual dan seumpamanya.

“Ada kajian menunjukkan tumpuan kita semakin lama semakin singkat.

“Ada yang berpendapat ia ada kaitan dengan penggunaan alatan elektronik.

“Kita semua perlu memastikan masa dengan gajet dikawal, buat aktiviti lain yang bermanfaat seperti bersenam,” katanya.

Beliau juga menambah, penggunaan gajet perlu dikawal dan pastikan ia lebih tertumpu ke arah pendidikan seperti mana pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dikuatkuasakan oleh Kementerian Pendidikan.

Kredit : BeritaHarian

Editor-In-Chief. Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas