Connect with us

Oh! Media

Trending

Kanak-Kanak Hilang Selepas Turun Ambil Makanan Di Kereta Dipercayai Diculik

Pada 8 Oktober lalu, tular di media sosial mengenai kehilangan kanak-kanak perempuan 12 tahun selepas turun mengambil makanan di kereta.

Dilaporkan, kejadian berlaku di Lorong Batu Nilam 1B, Bandar Bukit Tinggi 1, Klang Selangor.

IKLAN
kanak-kanak

Dalam perkembangan terkini, Harian Metro melaporkan kanak-kanak berkenaan telah ditemui selamat jam 2.30 petang semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong, kes orang hilang diklasifikan semula mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan menculik mana-mana orang atau dari penjagaan yang sah di sisi undang-undang.

Ini susulan hasil siasatan berdasarkan litar tertutup di premis berdekatan mendapati kanak-kanak terbabit berjalan sebelum menaiki sebuah Perodua Myvi dipercayai diculik.

Siasatan pihak polis juga mendapati kanak-kanak berkenaan mengenali salah seorang suspek.

Culik

Setakat ini, polis sudah menahan enam individu warga tempatan termasuk dua wanita di beberapa lokasi berbeza untuk siasatan lanjut.

Bertindak atas maklumat, pada jam 5 petang semalam, enam individu warga tempatan termasuk dua wanita ditahan di Segambut Dalam, Setia Alam dan Pandamaran oleh anggota Cawangan D8, Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dan Bahagian Siasatan Jenayah IPD Klang Selatan. 

Kesemua suspek yang ditahan berusia 13 hingga 23 tahun. Salah seorang daripada mereka mempunyai rekod jenayah lampau.

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Harian Metro


Editor-In-Chief. Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Lagi dalam kategori Trending

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas