Connect with us

Oh! Media

Kanak-Kanak Diculik Pagi Tadi Dihantar Pulang Oleh Pemandu Teksi

Umum

Kanak-Kanak Diculik Pagi Tadi Dihantar Pulang Oleh Pemandu Teksi

Kanak-kanak berusia 5 tahun yang diculik daripada ibunya dalam satu kejadian di hadapan sebuah tadika di Sungai Chua telah berjaya ditemui semula petang tadi.

ADVERTISEMENT

Dalam kejadian yang dirakamkan oleh CCTV itu, kanak-kanak itu telah diculik oleh dua lelaki yang menyamar kononnya menanyakan jalan dari ibunya namun secara tiba-tiba menarik kanak-kanak tersebut menaiki kereta Proton Wira berwarna hitam.

Namun petang tadi, kanak-kanak terbabit telah dihantar pulang ke rumah keluarga mangsa oleh seorang pemandu teksi yang dikenali sebagai Nizam.

Menurut Ketua Polis Kajang, Asisten Komisioner Willey Anak Richard, kanak-kanak itu dalam keadaan sihat dan telah dihantar untuk pemeriksaan doktor.

Oh! Penculik Pura-Pura Tanya Jalan
Kejadian baru sahaja berlaku. Suspek berpura-pura menanyakan jalan kemudian menculik seorang budak. Berhati-hatilah jangan mudah percayakan orang. Lokasi : Sungai Chua, Kajang
Posted by Oh! Media on Thursday, October 8, 2015

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas