Connect with us

Oh! Media

“Kami Tidak Akan Melindungi Mereka Yang Tidak Berintegriti!” – Datuk Bandar Shah Alam

Umum

“Kami Tidak Akan Melindungi Mereka Yang Tidak Berintegriti!” – Datuk Bandar Shah Alam

Berhubung dengan tiga pegawai MBSA yang ditahan dengan SPRM kerana tuduhan rasuah, Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Haris Kasim berkata bahawa pihaknya tidak akan melindungi pegawai dan kakitangan yang tidak berintegriti terutama yang membabitkan rasuah. Jelas beliau, mereka yang terlibat akan berhadapan hukuman tatatertib, termasuklah dibuang kerja.

ADVERTISEMENT

Saya tidak akan melindungi pegawai dan kakitangan yang tidak berintegriti.Ia dah jadi kes SPRM. Biar SPRM siasat dan kalau betul, ada kes mereka akan didakwa. Ini soal integriti, dari semasa ke semasa saya kerap memberikan peringatan dan amaran dalam pelbagai platform.

Sumber gambar dari Facebook Hot Burger Malaysia

Selain MBSA, berdasarkan perkembangan terbaru, Bukit Aman telah mengesahkan bahawa terdapat pegawai dan anggotanya yang bertindak melindungi kedai-kedai judi berkenaan. Sehingga kini tiada lagi tangkapan dibuat membabitkan badan pelaksana undang-undang berkenaan.

OHMEDIA: BUKAN TAKAT BUANG JE, TAMBAH LAGI HUKUMAN YANG SETIMPAL BAGI MEREKA INSAF DAN SEDAR BAHAWA BUKAN SAHAJA DADAH, RASUAH PUN MAMPU ROSAKKAN SESEBUAH NEGARA!

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca Datuk Bandar Shah Alam tidak akan melindungi mereka yang terbabit rasuah di Facebook Oh! Media



Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas