Connect with us

Oh! Media

Umum

“Kami Baik-Baik Dan Tinggal Sebumbung!” – PU Abu

PU Abu Sufyan mengaku baru-baru ini dia ada konflik kecil dengan Hana Azraa. Bagaimanapun, dia menjelaskan hubungannya masih baik dan masih tinggal sebumbung lagi. Hmm mungkin Hana jealous kot PU Abu tengok anaknya dekat KL?

Hubungan saya dengan isteri saya, Hana Azraa masih baik-baik saja, masih okey dan kami masih tinggal sebumbung. Spekulasi yang berlaku baru-baru ini hanyalah konflik kecil sahaja, biasalah rumah tangga sedangkan lidah lagi tergigit apakan pula kusyen dengan sofa. Kepada netizen mohon doakan yang baik-baik supaya kami boleh hidup dalam keadaan baik dan harmoni.

PU Abu nak semua netizen berhenti membuat sebarang spekulasi isu rumah tangganya bersama Hana Azraa. Dulu bini dia bagitahu yang rumahtangganya dilanda badai dan bakal bercerai. Macam sis cakap tadi, mungkin Hana ni jealous kot tengok PU Abu balik KL jumpa anaknya bersama Ain Afini.

IKLAN

Kepada sesiapa yang tak tahu asal-usul cerita A sampai Z lebih baik diam atau tak ulas apa-apa sebab kalau kita cakap pasal benda tu dan tak betul boleh jadi fitnah! Kalau betul pun boleh jadi mengumpat! Lebih baik diam daripada kita cakap benda tak baik pasal orang, lebih baik doa yang baik- baik. Kalau kita dengan Tuhan boleh minta ampun secara terus tetapi kalau dengan manusia kita kena cari dia di padang mahsyar untuk minta maaf dengan dia.



+ Baca respon pembaca di Oh! Media.



Penjinak sepenuh masa di Oh! Media. Mencipta Oh! Media sejak dari dalam perut mak lagi. Hi Awak! | Instagram

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas