Connect with us

Oh! Media

“Kalau Ada Jodoh Saya Memang Nak Terus Kahwin” – Kilafairy

Umum

“Kalau Ada Jodoh Saya Memang Nak Terus Kahwin” – Kilafairy

Korang kenal tak sis Kilafairy, kawan baik kepada Izara Aishah tu? Dia mengaku yang dia ni rasa lebih selesa hidup single. No boyfriend, no problem lah kan? Hahahah. Dia juga memberitahu yang dia tak akan menolak kalau dia berjumpa dengan jodohnya, akan terus kahwin. Apa lagi korang, masuk line lah!

ADVERTISEMENT

Kilafairy ni dah lah cantik, pandai berlakon dan bernyanyi. Tetapi buat masa ni, Kila rasa happy je dengan kehidupannya sekarang dan dia nak fokus dalam bisnes dia. Ramai kawan-kawan Kilafairy yang dah kahwin, tetapi Kila ni cool je, tak rasa tertekan langsung bila tengok kawan-kawan dia yang dah kahwin malah dia ada rasa happy ada lah.

“Jodoh tak ada lagi, kalau ada memang nak terus kahwin saja tapi saya gembira dengan kehidupan saya sekarang. Bagi saya mungkin ada hikmah juga saya belum ada kekasih sebab ada benda lain yang saya belum capai.

“Lagipun bercinta bukan fokus utama saya sejak dulu lagi. Saya percaya pada ketentuan dan Insya-Allah saya yakin ada jodoh saya nanti. Saya gembira melihat kawan-kawan saya yang dah berkahwin tapi ia bukan tekanan buat saya.

Tambahan pula, ibu kilafairy tak nak bagi Kila kahwin awal malah dia suruh anaknya untuk focus kerjaya dulu. Ya lah, ibu mana yang taknak tengok anak dia berjaya kan? Manakala bapa Kila pula sudah memberi green light kepada Kila. Hehehe korang cuba tackle hati ayah dia dulu, manalah tahu dapat Kila.

“Mungkin sebab mama pun kahwin lambat, masa umur 30 tahun. Mama selalu kata tak payah kahwin dan kerja dulu tapi berbeza dengan bapa saya yang suruh kahwin cepat. Tapi mereka tidak pernah paksa saya untuk berkahwin. Kalau boleh, umur 30 saya dah ada seseorang istimewa,” katanya.

+ Baca respon pembaca di Oh! Media.


Oh! Makan

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas