Connect with us

Oh! Media

Kalah Atau Menang, Tetap Harus Jaga Kesejahteraan Rakyat – Muhyiddin Yassin

Oh! Negara

Kalah Atau Menang, Tetap Harus Jaga Kesejahteraan Rakyat – Muhyiddin Yassin

Kekalahan Pakatan Harapan pada PRK Cameron Highland merupakan sesuatu yang perlu diambil berat oleh semua pimpinan kerana ia adalah peringatan dari rakyat kepada Kerajaan Persekutuan supaya mampu bertindak dan mengatasi masalah yang timbul dengan pantas dan bijak.

ADVERTISEMENT

Ini dikatakan sendiri oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin yang berkata kekalahan sulung parti berkenaan adalah gambaran bahawa banyak perkara asas terhadap rakyat perlu diperhalusi.

“Walaupun kita tidak menang, pelbagai maklum balas diterima daripada masyarakat di sana berkaitan isu bantuan sara hidup, kos sara hidup, pembangunan jalan dan isu Orang Asli.

“Segala maklum balas berkenaan akan diperhalusi dan diperbaiki demi memperbaiki kesejahteraan rakyat,” katanya kepada pemberita.

Oleh itu, tidak kiralah menang atau tidak, kesejahteraan rakyat tetap harus diutamakan dan bukan hanya bila menang baru hendak menolong dan bila kalah dilupakan. Harap ada perubahan dilakukan untuk Malaysia terus bergerak ke hadapan.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas