Connect with us

Oh! Media

Kakitangan Maybank Dapat Habuan Tahun Baru

Who we are largejpg

Oh! Lifestyle

Kakitangan Maybank Dapat Habuan Tahun Baru

Anggota kesatuan sekerja pegawai dalaman Maybank akan mendapat pelarasan gaji sebanyak 10 peratus secara menyeluruh, tertakluk kepada gaji maksimum dalam julat gaji masing-masing.

“Pelarasan ini adalah kenaikan tertinggi diberikan kepada pekerja dalam industri perbankan Malaysia,” kata bank terbesar di negara ini dalam kenyataan hari ini.

Selain pelarasan gaji, CA itu juga akan menyaksikan kenaikan sehingga 30 peratus perlindungan insurans bagi kemalangan peribadi dan 25 peratus perlindungan insurans hayat, yang akan meningkatkan sokongan kepada pekerja dan keluarga mereka apabila ditimpa kejadian tidak diingini, serta kenaikan 10 peratus bagi semua elaun kewangan lain, kata Maybank.

IKLAN

Satu faedah baharu diperkenalkan dalam CA iaitu skim cuti keagamaan selama tujuh hari, yang membolehkan pekerja yang layak untuk menunaikan dan memenuhi kewajipan agama mereka menerusi kemudahan tambahan itu.

Pelarasan itu susulan pemeteraian Perjanjian Bersama (CA) baru-baru ini antara Maybank dan kesatuan sekerja dalamannya, Persatuan Pegawai-Pegawai Kelas 1 Maybank (AMCO) dan Persatuan Eksekutif Maybank (AME), bagi tempoh 1 Jan, 2018 – 31 Dis, 2020.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle