
Oh! Tidak
Kakak Meninggal Dunia Ketika Majlis Kahwin, Adik Terpaksa Jadi Ganti
Oleh
Perkahwinan adalah fasa terakhir dalam kehidupan seseorang pasangan dan merupakan petunjuk kepada lahirkan tanggungjawab sebagai suami isteri. Kemeriahan semasa majlis perkahwinan sudah pasti menjadi salah satu kenangan terindah yang boleh dibawa hingga ke akhir waktu.
Akan tetapi, tidak semua kenangan semasa majlis perkahwinan berakhir dengan indah. Terdapat sebuah kejadian yang mana seorang pengantin perempuan disahkan meninggal dunia ketika majlis perkahwinannya dan adik kepada perempuan tersebut menjadi pengganti bagi meneruskan majlis.
Kejadian ini berlaku di Uttar Pradesh, India apabila seorang pengantin perempuan meninggal dunia akibat serangan jantung ketika melangsungkan perkahwinan, bagi meneruskan majlis, suaminya pula berkahwin dengan adiknya sebagai ganti.

Pengantin perempuan yang dikenali sebagai Surabhi itu tidak sedarkan diri sebelum menghembuskan nafas yang terakhir semasa upacara perkahwinan berlangsung dan mayatnya diletakkan di dalam sebuah bilik.
Bapa saudaranya yang mewakili mendiang bernama Ajab Singh berkata, dia mengakui berasa sedih akan pemergian Surabhi dan mengahwinkan suami Surabhi dengan adiknya merupakan satu keputusan yang amat sukar untuk dibuat.

Seorang anak perempuan kami sudah meninggal dunia, manakala seorang lagi melangsungkan perkahwinan. Situasi ini amat sukar.
Abang kepada mendiang, Saurabh, menyatakan keluarganya mulai panik dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan selepas adiknya rebah dan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia.
Selepas Surabhi disahkah meninggal dunia, kami buntu sehinggalah kedua-dua keluarga bersetuju untuk menggantikan tempatnya dengan adik kami, Nisha.
Kredit: Utusan Harian
