Connect with us

Oh! Media

Kagum Lihat Hasil Mural Wajah KDYMM Agong & Barisan Hero Negara Dilakar Anak Muda!

Ohmedia suhaimi ali lukis mural agongpng

Umum

Kagum Lihat Hasil Mural Wajah KDYMM Agong & Barisan Hero Negara Dilakar Anak Muda!

Selama hampir 4 bulan negara berperang dengan wabak pandemik Covid-19 ini, rakyat Malaysia sudah menjadi semakin disiplin dan berjaya mengharungi cabaran ini dalam keadaan tenang dan aman. Ini semua terhasil kerana negara adanya hero yang mampu melakukan kerja dengan baik sepanjang negara dalam bahasa.

Hero yang dimaksudkan selain dari pasukan hadapan negara adalah KDYMM Baginda Agong Abdullah, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dan ada beberapa lagi nama.

Jadi, Ohmedia tertarik melihat perkongsian seorang pelukis mural yang dikenali sebagai Suhaimi Ali menunjukkan hasil kerjanya mengabdikan wajah hero negara ini di dinding bagi mengucapkan terima kasihnya dan memperingati jasa mereka.

IKLAN




Suhaimi Ali turut berkongsi proses menghasilkan mural wajah hero negara ini di Facebooknya yang turut mengucapkan terima kasih kepada rakyat Terengganu dan rakan-rakan kerana memberi sokongan.




Antara lakaran wajah lain yang turut dikongsikan adalah Menteri Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri dan Menteri Hal Ehwal Agama Datuk Dr Zulkifli.

Untuk mereka yang ingin melihat sendiri hasil dari anak muda Suhaimi Ali ini boleh pergi ke Taman Cahaya Alam Seksyen U12, Shah Alam di belakang Restoran Isa Maju.

Tahniah anak muda!

Kredit: Suhaimi Ali

+ Baca respon pembaca yang suka lihat hasil kerja mural ini di Facebook Oh! Media.



🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas