Connect with us

Oh! Media

Kaedah Untuk Mengurangkan Rasa Masin Pada Masakan

Umum

Kaedah Untuk Mengurangkan Rasa Masin Pada Masakan

Kadangkala kita akan menghadapi masalah di mana lauk yang kita masak rasanya masin. Sedikit sebanyak akan membuatkan kita resah dan memikirkan cara untuk menghilangkan rasa masin tersebut. Di sini Ohmedia nak kongsikan dekat korang cara untuk kurangkan rasa masin dalam masakan.

ADVERTISEMENT

Roti

Kebiasaannya masakan yang terlebih garam akan ditambah dengan air bagi mengurangkan rasa masinnya. Namun terdapat cara yang lebih baik supaya dapat stabilkan rasa tersebut dengan meletakkan beberapa keping roti yang telah dikoyakkan ke dalam masakan supaya dapat menyerap rasa masin tersebut. Korang boleh lakukan cara ini beberapa kali sehingga rasa masin tadi kurang.

Beras

Buat korang yang ada menyimpan beras di dapur tu boleh menggunakannya untuk kurangkan rasa masin pada masakan. Caranya ambil sedikit beras dan basuh terlebih dahulu. Kemudian masukkan beras tersebut ke dalam kain bersih dan ikatkan seperti bunjut. Seterusnya, masukkan beras bunjut itu ke dalam masakan nescaya ia akan menyerap lebihan rasa masinnya.

Kentang

Buat yang rajin memasak ketika bulan puasa kadangkala tidak perasan lauk yang dimasak rasanya sedikit masin ketika berbuka. Namun usah risau, jika korang ada sebiji kentang di rumah boleh digunakan untuk menyerap rasa masin tersebut. Caranya ambil sebiji kentang dan potong kepada 4 bahagian. Lalu masukkan ke dalam lauk dan biarkan ia sehingga mendidih.

Tutup Periuk

Jika korang merasakan lauk yang dimasak itu masin, korang boleh menggunakan satu kaedah yang mudah dengan menutup lauk menggunakan tudung periuk dan biarkan ia mendidih selama beberapa minit. Seterusnya angkat tudung periuk dan basuh menggunakan air bersih. Kemudian ulang semula perkara yang sama sehingga lauk menjadi kurang masin.

Daun Pisang

Dengan hanya menggunakan daun pisang yang telah dikoyakkan serta dimasukkan ke dalam lauk yang sudah siap dimasak selama 30 minit, boleh mengurangkan rasa masin kerana daun pisang juga mampu untuk menyerap lebihan rasa masin pada makanan.

OHMEDIA : SEMOGA CARA INI DAPAT MEMBANTU KORANG UNTUK MENGURANGKAN RASA MASIN PADA MAKANAN

+Baca respon pembaca antara kaedah untuk mengurangkan rasa masin pada masakan di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas