Connect with us

Oh! Media

Kabinet Sebulat Suara Untuk Tidak Meratifikasi ICERD

Oh! Negara

Kabinet Sebulat Suara Untuk Tidak Meratifikasi ICERD

Akhirnya, kabinet hari ini sebulat suara bersetuju untuk tidak meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

ADVERTISEMENT

Keputusan ini diambil setelah bimbang akan keselamatan nasional negara dan kerana melihat suara rakyat sendiri. Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, dijangka mengeluarkan kenyataan rasmi mengenainya hari ini berikutan mesyuarat mingguan Kabinet.

“Kerajaan berharap keputusan ini akan menghentikan debat yang berterusan mengenai isu ini, sekali gus menghapuskan ketegangan dalam kalangan pelbagai kaum di negara ini berhubung ICERD,” katanya.

Semalam, Dr Mahathir berkata ICERD menyentuh mengenai kebebasan dan mengurangkan diskriminasi manakala Artikel 153 menyentuh mengenai hak keistimewaan masyarakat pribumi dan Orang Asli.

“Sesetengah orang mungkin menterjemahkan Artikel ini sebagai mendiskriminasi orang lain. Justeru, jika mereka fikir ini diskriminasi terhadap orang lain dan kita cuba memansuhkannya, maka ia bercanggah dengan Artikel 153,” katanya.

“Kerajaan hari ini tidak memiliki majoriti ini. Bagi mencapainya, kerajaan juga perlu mendapatkan sokongan parti pembangkang. Ada anggota kerajaan sendiri yang membantah isu ini (ratifikasi ICERD).

“Jadi, saya fikir tidak mungkin Perlembagaan Persekutuan dapat dipinda,” kata Dr Mahathir.

  + Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas