Connect with us

Oh! Media

(Trailer & Sinopsis) Juvana 3: Perhitungan Terakhir

Umum

(Trailer & Sinopsis) Juvana 3: Perhitungan Terakhir

Bermula dengan drama berepisod di TV, franchise filem JUVANA hari ini dah boleh berbangga dengan penampilan filem ke-3 mereka di layar perak tak lama lagi iaitu Juvana 3: Perhitungan Terakhir.

ADVERTISEMENT

Seperti Juvana (2013) dan Juvana 2: Terperangkap Dalam Kebebasan (2015),  Juvana 3: Perhitungan Terakhir kali ini tentunya akan padat dengan drama dan aksi golongan remaja yang tersebit dalam gejala sosial seperti gangster dsn sindiket pelacuran ini masih mengekalkan para pelakon utama mereka seperti Johan As’ari, Zahiril Admin dan Adam Shahz.

Filem kali ini merupakan sekuel kepada filem Juvana terdahulu yang maka kali ini Botak, Daim, & Ayam hanya menyedari perjanjian mereka bertiga dengan Raja demi membebasan Sara, ayah Botak, dan adik-beradik Apek telah memakan diri.

Sebenarnya, Raja merupakan dalang di sebalik penculikan yang dilakukan kerana mahu membalas dendam terhadap mereka yang menjadi punca dia dsumbat ke penjara serta merampas organisasi jenayah daripada Tok Jebat dan Tok Ki.

Selain itu, Daim yang tidak dapat menerima kenyataan kekasihnya, Sara ditikam mati oleh Tok Ki dalam filem Juvana sebelum inimmengalami gangguan emosi yang menjadikan Daim mula menjauhkan diri dari kawan-kawan serta menganggapnya musuh sehingga mula terjebak ke dalam organisasi jenayah milik Raja. Begitu juga dengan Botak & Ayam yang terpaksa bersetuju bekerja dengan Raja sebagai galang0ganti kepada kebebasan.

Terperangkap dalam permainan Raja, persahabatan mereka turut sekali teruji apabila Raja bijak memanupulasi dan melaga-lagakan mereka hingga masing-masing mencurigai antara satu sama-lain.

Dalam situasi yang semakin menghimpit, harapan mereka hanya terletak pada rakan-rakan mereka yang lain. Namun, adakah mereka dapat dijejaki dan sempatkah mereka diselamatkan sebelum terlewat? Saksikan Juvana 3: Perhitungan Terakhir di pawagam seluruh negara bermula 29 September 2016.

Trailer:


Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas