Siapa tidak mengenali penyanyi pop popular iaitu Justin Bieber yang pernah menjadi kegilaan ramai gadis pada suatu ketika dulu. Kini ada berita mengatakan bahawa Justin Bieber telahpun berkahwin bersama tunangnya iaitu Haile Baldwin yang merupakan seorang model.
Kabar angin perkahwinan mereka ini telah tersebar dan menjadi tanda tanya apabila Justin Bieber menaikkan satu gambar di akaun Instgram miliknya dengan menulis, ” My wife is awesome“.
Bukan itu sahaja, Baldwin pula menerusi akaun Instagramnya telah menukar nama dari Hailey Rhode Balwin kepada Hailey Rhode Bieber.
IKLAN
Pada bulan Julai lalu, Bieber mengakui sudah mengikat tali bertunang dengan anak perempuan pelakon, Stephen Baldwin dan menyifatkan hidupnya tidak lengkap tanpa kehadiran Hailey.
Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!
Pautan artikel telah disalin.
M. HafizalKetua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.