Connect with us

Oh! Media

Juruterbang Myanmar Berjaya Lakukan Pendaratan Pesawat Tanpa Tayar Hadapan

Mna mandalay belly landing 05jpg

Umum

Juruterbang Myanmar Berjaya Lakukan Pendaratan Pesawat Tanpa Tayar Hadapan

Semalam, Lapangan Terbang Mandalay digemparkan dengan pendaratan pesawat tanpa tayar hadapan dan seorang juruterbang Myanmar, berjaya memastikan pesawat berkenaan mendarat dengan selamat selepas gear pendaratan jet terbabit gagal berfungsi.

Minggu lepas, pesawat Biman Bangladesh Airlines turut tergelincir di lapangan terbang yang sama akibat angin kencang di Yangon Rabu lalu sehingga menyebabkan 17 penumpang cedera.


IKLAN

Namun, dalam kejadian kali ini, seorang pegawai memuji juruterbang terbabit selepas berjaya mendaratkan pesawat Embraer 190 di lapangan terbang Mandalay, walaupun berdepan masalah teknikal. Tiada kecederaan dilaporkan setakat ini.

Pesawat yang berlepas dari Yangon itu sedang menghampiri Mandalay dan menyedari gear pendaratan jet tidak berfungsi. Dalam situasi getir itu juga, Kapten Myat Aung telah melintasi lapangan terbang sebanyak dua kali untuk membakar bahan api bagi mengurangkan berat ketika melakukan pendaratan cemas.

Rakaman menunjukkan tayar belakang pesawat mencecah landasan lebih dulu sebelum muncung pesawat direndahkan. Jet itu bergerak agak jauh di landasan menggunakan muncungnya, mengakibatkan ia berasap sebelum berhenti sepenuhnya.

Sumber: Berita Harian

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas