Connect with us

Oh! Media

Juruteknik MAHB Dirempuh Pesawat Persendirian Meninggal Dunia

Umum

Juruteknik MAHB Dirempuh Pesawat Persendirian Meninggal Dunia

Seorang juruteknik MAHB yang sebelum ini dilaporkan parah dirempuh sebuah pesawat persendirian kini disahkan telah meninggal dunia di sebuah hospital swasta di Subang Jaya.

ADVERTISEMENT

Kemalangan yang berlaku di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang itu dirempuh sayap Bombadier sewaktu bertugas.

Arwah Mohd. Ruzaimi Iskandar Ahmad Razali meninggalkan seorang isteri Nor Azawiah Md. Usuf dan empat anak berusia dalam lingkungan satu hingga 13 tahun.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAHB, Raja Azmi Raja Nazuddin berkata, arwah Mohd. Ruzaimi merupakan seorang pekerja yang berdedikasi dan sentiasa komited dalam apa jua tugasan yang diberikan.

“Pemergian Mohd. Ruzaimi merupakan satu kehilangan besar buat Malaysia Airports dan kita akan memberi sokongan penuh terhadap keluarga mangsa termasuk membantu pengurusan pengebumian arwah bagi meringankan beban yang terpaksa dipikul mereka.

“Dalam pada itu, kita juga akan memastikan kebajikan keluarga arwah Mohd. Ruzaimi terjamin dan saya memohon orang ramai agar tidak mengeluarkan sebarang spekulasi yang mampu mengguris hati keluarga mangsa,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sumber: Kosmo

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas