Connect with us

Oh! Media

Jurunikah Menyusahkan Akad Nikah Pengantin

Umum

Jurunikah Menyusahkan Akad Nikah Pengantin

Soalan:
Ada setengah jurunikah mahukan pengantin lelaki jawab dengan satu nafas. Pengantin tak boleh jawab dengan satu nafas, lalu disuruh ulang-ulang hingga banyak kali. Apa pandangan ustaz tentang hal ini?

ADVERTISEMENT

Jawapan:
Menjawab persoalan, tidak disyaratkan satu nafas dalam menjawab lafaz nikah. Syaratnya ialah mesti berturutan. Pengarang kitab al-Fiqh al-Manhaji menyebut:

Antara syarat lafaz nikah adalah dengan ijab oleh wali dan qabul oleh pengantin lelaki secara berturutan.
[Mengikut Mazhab Hanafi dan Hanbali: Tidak mengapa berlaku pemisahan yang lama antara ijab dan qabul jika sekiranya masih dalam majlis dan tidak disibukkan dengan perkara yang lain]

Jika wali berkata: “Aku kahwinkan kamu dengan anak perempuanku”, dan selepas tempoh yang lama, pengantin lelaki menjawab: “Aku terima nikahnya”, maka akad nikah itu tidak sah. Hal ini adalah kerana pemisahan yang lama antara ijab dan qabul tersebut. Dalam tempoh yang lama ini, ada kemungkinan wali menarik lafaz ijabnya semula.

Adapun diam yang sekejap antara ijab dan qabul, seperti bernafas atau bersin, tidaklah merosakkan aqad nikah tersebut.

[Lihat al-Fiqh al-Manhaji (1/551-552)]

Jadi, kami mengesyorkan kepada para imam atau jurunikah agar memudahkan proses lafaz nikah ini dan tidak memberatkannya apabila telah cukup syarat. Ini mengambil kira keadaan pangantin pada ketika itu mungkin dalam keadaan gugup, berdarah gemuruh dan sebagainya. Semoga Allah memberi kefahaman kepada kita dalam mengamalkan syariat-Nya serta memudahkan kita dalam setiap urusan. Amin.

+ Mufti Wilayah Persekutuan

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas