Connect with us

Oh! Media

Jumlah Kes COVID-19 Mencecah 1 Juta Seluruh Dunia

Kes2bcovid192bcecah2b12bjuta2bglobalpng

Umum

Jumlah Kes COVID-19 Mencecah 1 Juta Seluruh Dunia

Semalam (3 Mac 2020) rekod jumlah mereka yang terkena jangkitan COVID-19 di seluruh dunia telah mencecah angka 1 juta orang dan Eropah menjadi antara kawasan yang paling terjejas pada waktu ini.

Sepanyol dan Britain juga merekodkan jumlah kematian tertinggi setiap hari dan AS pula kini sedang berhadapan dengan 6.65 juta tuntutan rakyatnya yang kini menjadi penganggur dan hilang sumber pencarian.

Menurut sumber rasmi WHO, COVID-19 telah menjangkiti lebih 989,000 penduduk dunia dan separuh dari jumlah ini datang dari Eropah sebanyak 540,000 kes dengan 51,000 kematian.

IKLAN

Terdapat peningkatan mendadak yang membimbangkan membabitkan kes baharu dan jumlah itu boleh mencecah jutaan dalam masa beberapa hari. – Kata Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus.

Bagaimanapun, pakar melihat situasi yang berlaku di Eropah kini sudah hampir menunjukkan tanda tiba waktu puncaknya. Namun masih terlalu awal untuk menarik nafas lega.

Sumber: Berita Harian

+ Baca respon pembaca yang ikuti perkembangan wabak di Facebook Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas