Connect with us

Oh! Media

Umum

Jumlah Kematian Akibat Koronavirus Meningkat Kepada 424 Orang

Sudah sebulan lebih China dilanda wabak koronavirus dan Berita Harian ada menyatakan yang jumlah kematian nampaknya terus meningkat kepada 424 mangsa yang mana 64 kematian dicatatkan semalam.

Sehingga kini, kita masih buntu mendapatkan penawar bagi wabak ini. Wabak yang bermula dari wilayah Wuhan ini nampaknya akan terus tersebar dan tidak menunjukkan sebarang tanda untuk reda.

IKLAN

Setakat ini juga, sebanyak 2,345 kes baharu telah dicatatkan ekoran penularan wabak koronavirus ini dan orang ramai dinasihatkan untuk menjaga kesihatan dan berwaspada.

Walaupun mungkin Malaysia belum berada ditahap kritikal, langkah-langkah awal perlu diambil dan elakkan dari berada di tempat yang sesak dan padat.

OHMEDIA: BAGI KORANG YANG ADA PERANCANGAN UNTUK BERCUTI KE LUAR NEGARA, KAMI SYORKAN UNTUK ANDA MENANGGUHKAN DAHULU PERANCANGAN TERBABIT DAN LEBIHKAN MASA BERSAMA KELUARGA DI RUMAH SAHAJA BUAT MASA INI.




Sumber: Berita Harian

+ Baca respon pembaca tentang wabak koronavirus di facebook Oh! Media.

Sayalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang selalu temani awak di saat susah nak tidur tu. Nak tahu apa yang terkini dan viral boleh cari nama abang ok!

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas