Connect with us

Oh! Media

JPJ Keluarkan Larangan Kenderaan Berat Atas Jalan Raya Pada Tahun Baru Cina

50836344 10157034429502421 4705827204724948992 njpg

Umum

JPJ Keluarkan Larangan Kenderaan Berat Atas Jalan Raya Pada Tahun Baru Cina

Jabatan Pengankutan Jalan, JPJ, dalam satu kenyataan akan melarang kenderaan berat bagi menggunakan jalan raya sepanjang tempoh perayaan Tahun Baru Cina.

Kenyataan yang dimaklumkan melalui laman Facebook rasmi JPJ itu meletakkan kenderaan berat dikategori tiga seperti trak tunda yang muatannya melebihi 7,500 Kilogram (kg), lori kontena dan kren bergerak serta lori pembancuh simen.

Kenderaan berat ini juga tidak dibenarkan untuk berada di jalan raya selaa 5 hari iaitu, 2, 3, 4, 9 dan 10 Februari ini serta lori pengangkut rendah; treler tiang; treler pelantar; lori balak; jentera berat beroda; traktor; pengangkut simen; besi keluli; batu pasir, tanah dan bahan binaan lain seperti bijih timah dan arang batu turut berada dalam kategori satu.

IKLAN

Bagi kategori kedua pula, tempoh larangannya bermula jam 12 tengah malam hingga 6 pagi membabitkan kenderaan lori kontena yang mengangkut barangan selain lori kontena yang mengangkut barangan dari pelabuhan atau lapangan terbang ke kawasan industri dalam negeri sama dan sebaliknya.

Seterusnya bagi kategori ketiga membabitkan kren bergerak dan lori pembancuh simen, tempoh larangannya bermula jam 6 petang hingga 6 pagi dalam jarak 25 km dari tapak pembinaan tertakluk kepada had masa operasi yang dibenarkan di jalan tertentu.

Sumber: http://www.facebook.com/jabatanpengangkutanjalanmalaysia/

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas