Connect with us

Oh! Media

Joe Flizzow Dinobatkan Sebagai Penghibur Terbaik Asia Tenggara

44382140 464006664120762 2120935138056377228 njpg

Umum

Joe Flizzow Dinobatkan Sebagai Penghibur Terbaik Asia Tenggara

Johan bin Ishak atau lebih dikenali sebagai Joe Flizzow yang merupakan penyanyi, penulis dan penerbit muzik kini telah berjaya menempah nama selangkah demi selangkah apabila dinobatkan sebagai Penghibur Terbaik Asia Tenggara pada MTV EMA 2018 di Bilbao Exhibation Centre, Bilbao, Sepanyol.

Joe Flizzow yang terkenal dengan lagu ‘Apa Khabar’ dan menjuarai Anugerah Juara Lagu pada tahun 2013, mengetepikan saingan-saingan hebat dari negara lain seperti Afgan dari Indonesia, IV of Spades dari Filipina, Minh Hang dari Vietnam, Slot Machine dan Twopee Southside dari Thailand, dan The Sam Willows dari Singapura.

Setelah pembabitan dengan Too Phat, beliau menceburi bidang muzik sebagai artis solo pada tahun 2008. Album sulung solo beliau, President mula dipasarkan pada 31 Disember 2008 oleh Warner Music Malaysia. Album tersebut menampilkan koloborasi dengan artis-artis seperti Hady Mirza dan Terry Tye Lee dari Singapura, Thaitanium (Thailand), Joeniar Arief (Indonesia), Jin (Amerika Syarikat) dan Phlowtron dari Malaysia.

IKLAN

Kejayaan ini dilihat mampu memberi simbolik dan impak yang sangat besar kepada kariernya. Beliau berharap kemenangannya akan memberi inspirasi kepada genarasi muda untuk tidak berhenti mengejar impian dan berusaha keras mengecapi cita-cita.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas