Connect with us

Oh! Media

“Jika Ada Yang Menganggap Saya Sudah Berubah…” – Andi Bernadee

Umum

“Jika Ada Yang Menganggap Saya Sudah Berubah…” – Andi Bernadee

Korang kenal tak penyanyi yang bernama Andi Bernadee yang lagu dia asyik dalam kepala korang tu? Ala lagu Donde tu…takpun lagu Satu Peluang. Kalau tak tahu cuba korang dengar lagu dia dekat Youtube, confirm korang cam punya! Dia baru je 2 tahun dalam industri, satu per satu kontroversi yang melanda dirinya. Fuh.

ADVERTISEMENT

Biasanya orang yang baru nak up dalam industri ni, ada je orang cuba nak jatuhkan dia kan? Dengki tak boleh tengok orang senang sikit. Ada juga mengatakan Andi ni besar kepala sebab susah nak berurusan sampaikan pihak tu pun tersinggung. Hmm. Mungkin dia sibuk sampai dia tak mampu nak memuaskan hati semua pihak. Betul tak?

Semua itu berlaku bersebab dan jika ada yang menganggap saya sudah berubah, mungkin ada kebenarannya. Tetapi, perubahan itu tidak bermakna saya berlagak atau lupa diri apabila sudah popular. Mereka kena faham, dahulu undangan persembahan tidak banyak, jadi saya boleh melayan setiap permintaan. Sekarang, keadaan sudah berubah kerana sejak enam bulan lalu, saya hanya pulang ke rumah untuk tidur. Setiap hari, saya terikat dengan tuntutan kerja. Ada masanya, saya terpaksa menolak beberapa permintaan kerana terlalu penat dan ingin berehat. Namun, keputusan itu membuatkan saya dituduh besar kepala pula.

Kadangkala Andi ni mestilah nak berhati-hati nak susun langkah supaya nama dia tak buruk dalam industri. Betul tak gais? Nasib baik dia dah faham game industri ni macam mana. Susah nak jadi artis ni sebab setiap gerakan yang dia buat mesti orang perhati je apa kau buat. Scary!! Hidup nak tenang pun susah. Selain itu, Andi mengaku yang dia tak ada pun terfikir soal hatinya.

Saya jenis yang tidak pandai bermuka-muka dan berpura-pura. Apabila banyak kali terkena, ia membuatkan saya lebih berhati-hati. Tidak semua yang saya lalui indah untuk dikenang. Bagaimana mahu mempunyai teman wanita jika masa untuk diri sendiri terbatas? Setakat berkawan memang ada, tetapi saya belum menemui gadis yang serasi. Saya juga manusia yang mempunyai hati dan perasaan, selain ingin merasai erti cinta serta dicintai. Saya bagaimanapun, harus memberikan fokus pada kerjaya terlebih dahulu. Saya mahu membina tapak yang kukuh demi masa depan. Cinta boleh hadir bila-bila masa jika kita membuka ruang. Saya berharap dapat bertemu jodoh sebelum usia mencecah 30 tahun.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.


Oh! Moto Vlog


Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas