Connect with us

Oh! Media

Jemaah Malaysia Kongsi Detik Cemas Tragedi di Masjidil Haram

Ohmedia kren runtuh di mekahjpg

Umum

Jemaah Malaysia Kongsi Detik Cemas Tragedi di Masjidil Haram

Kejadian kren tumbang di Masjidil Haram, yang menyebabkan lebih 100 orang terkorban dan beratus lagi cedera pada Jumaat petang (11 September), sungguh memilukan ketika hanya tinggal 11 hari lagi untuk jemaah haji berwukuf di Arafah yang dijadualkan 22 September ini.

Setakat ini, Tabung Haji mengesahkan tiada jemaah haji Malaysia terkorban, hanya enam jemaah Malaysia dilaporkan cedera.

Beberapa jemaah haji Malaysia yang berada di Masjidil Haram ketika kejadian

IKLAN

itu berkata, mereka amat terkejut dan panik dalam kejadian yang sungguh memilukan seluruh umat Islam itu.

Menceritakan kejadian itu, Mahzan Misni, 49, berkata, ketika kejadian, beliau sedang menunaikan solat sunat di Masjidil Haram.

“Tiba-tiba terdengar dentuman yang sangat kuat, saya ingatkan petir, selepas dentuman itu, suasana jadi kelam kabut, bahagian saie di tingkat satu menjadi gelap (dengan debu selepas kren tumbang), sejurus selepas itu saya lihat mayat bergelimpangan, terdapat jemaah haji yang berlumuran darah, darah mangsa yang maut terpercik mengenai pakaian mereka,” katanya.

Setakat ini, dilaporkan 6 orang rakyat Malaysia mengalami kecederaan ekoran kejadian ini.

VIDEO : 

OHMEDIA: SEMOGA MEREKA SEMUA DI SANA DIPERMUDAHKAN ALLAH.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Khai Hassan
Penjinak sepenuh masa di Oh! Media. Telah mencipta jenama ini sejak dari dalam perut mak lagi. Tak percaya tanya mak saya | Instagram
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas