Connect with us

Oh! Media

Jawatan Menteri Pendidikan, Maszlee Turun Mukhriz Naik?

ohmedia kpm 1png

Umum

Jawatan Menteri Pendidikan, Maszlee Turun Mukhriz Naik?

Khabar angin bertiup kencang apabila Mukhriz disebut sebagai calon menggantikan Maszlee Malik memegang porfolio sebagai Menteri Pendidikan Malaysia setelah Maszlee Malik meletakkan jawatan beberapa hari lepas. Khabar angin ini dikuatkan lagi apabila kebelakangan ini terdapat ura-ura bahawa akan berlaku perubahan Menteri Besar Kedah.

Sebelum ini Ketua Penerangan Bersatu, Dr Radzi Jidin mengeluarkan kenyataan bahawa portfolio jawatan berkenaan adalah hak milik Bersatu. Tambahnya ini kerana penyandangnya, Maszlee Malik adalah dari Bersatu. Kenyataan ini dikeluarkan bagi memberi reaksi cadangan Pakatan Harapan untuk mengadakan mesyuarat untuk memilih Menteri Pendidikan yang baru.

Namun info yang Ohmedia terima, Mukhriz Mahathir menyatakan bahawa berita berkenaan adalah paslu dan tidak benar. Beliau juga enggan memberi respon sekiranya beliau perlu melepaskan jawatan dari menjadi Menteri Besar dan mengisi portfolio jawatan Menteri Pendidikan Malaysia menggantikan Maszlee Malik.

IKLAN

Info tambahan untuk korang semua, berdasarkan Perkara Perkara 43(2)(6) Perlembagaan Persekutuan atas nasihat Perdana Menteri, Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik menteri daripada kalangan ahli mana-mana satu Majlis Parlimen.  Dipetik dari Sinar Harian, ini bererti bahawa bukan tugas Perdana Menteri membincangkan pelantikan menteri dalam mana-mana mesyuarat khusus melainkan beliau sendiri berpandangan sedemikian.

Sumber: Sinar Harian.

+Baca respon pembaca Oh! Media.


Oh Youtube


OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Safiqri Safrudin
Safiqri, bekas Penulis Konten dan Ketua Multimedia di Oh! Media, yang bertanggungjawab mencipta pelbagai kandungan menarik eksklusif untuk platform Oh! Media. Kini, beliau meneruskan perjalanan kerjayanya sebagai seorang guru yang berdedikasi di Sarawak.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas