Connect with us

Oh! Media

Jawapan Balas MFL – Kakitangan Tersilap Pesan Trofi ABK2018

Umum

Jawapan Balas MFL – Kakitangan Tersilap Pesan Trofi ABK2018

Berikutan dengan kualiti trofi MFL yang diberikan kepada pemenang yang dilihat amat memalukan, pihak MFL akhirnya memberikan kenyataan balas sebagai reaksi kepada kritikan Pengerusi MFL sendiri berikutan kualiti trofi yang disampaikan kepada pemenang Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2018.

ADVERTISEMENT

“Trofi berkenaan tidak memenuhi standard seperti apa yang diharapkan oleh DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Pengerusi MFL dan ianya juga tidak layak diberikan kepada pemenang yang telah memberikan yang terbaik sepanjang musim ini.”

“MFL telah mengenal pasti kakitangan yang telah membuat kesilapan dalam pesanan untuk membuat trofi tersebut dan beliau cuba untuk menutup perkara tersebut tanpa sebarang maklumat yang diberitahu kepada pihak pengurusan MFL. Seperti dilihat dari gambar-gambar yang dilampirkan, MFL sentiasa memberikan trofi yang sesuai dan mengikut standard yang perlu.”

MFL juga telah mengambil inisiatif untuk menghubungi semua pemenang bahawa MFL akan menggantikan trofi ini dengan yang lebih sesuai dengan pencapaian mereka.

“MFL sentiasa berusaha untuk menjadikan ABK ini lebih besar dan megah setiap tahun. Kejayaan ini telah dicapai sehingga kejadian yang sangat menghampakan ini berlaku. Jadi sudah pasti pihak MFL tidak berniat untuk memberikan sebuah trofi yang tidak sesuai kepada semua pemenang, dan tindakan sudah diambil ke atas mereka yang terlibat dalam kejadian yang menghampakan ini.”

“Dengan ini, MFL memohon maaf kepada semua pemenang dan juga komuniti bola sepak Malaysia diatas insiden yang tidak mencerminkan matlamat, visi dan piawaian MFL dan Tunku Pengerusi kami yang sangat menekankan standard dan kualiti dalam semua aspek. MFL akan lebih baik pada masa hadapan.”

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas