Connect with us

Oh! Media

Janna Nick DiKecam Rosakkan Lagu Di Matamu

janna2bohmediapng

Umum

Janna Nick DiKecam Rosakkan Lagu Di Matamu

Lagu terbaru Sufian Suhaimi yang berjudul Di Matamu menjadi kegilaan ramai termasuklah para artis. Janna Nick menerusi video yang dimuatnaik menerusi laman Youtubenya, dilihat menyanyikan semula lagu itu dan diringi petikan gitar pengarah popular, Jinggo atau Papa J. Ramai netizen mengecam Janna hanya merosakkan lagu tersebut dengan suaranya yang sumbang. Netizen juga memohon Janna berhenti menyanyi dan tumpukan sahaja di dalam dunia lakonan.

Walaubagaimanapun, Suffian Suhaimi ada pendapatnya sendiri tentang nyanyian Janna. Sufian Suhaimi menganggap aktres Janna Nick mempunyai cara tersendiri ketika menyanyikan semula lagu berjudul Di Matamu milik Sufian.

“Tak baik cakap begitu (menyanyi sumbang), masing-masing ada rendition sendiri untuk cover lagu Di Matamu, Janna Nick pun ada versi tersendiri. Saya suka dengar bila ramai orang cover (nyanyi semula) dan cuba improvise mengikut cara mereka.”

IKLAN

Sufian mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang menyokong lagu berkenaan yang tular gara-gara kontroversi putus tunang dengan pelakon Elfira Loy pada Februari lalu. Sehingga kini, lagu itu telah dinyanyikan lebih 1,000 orang termasuk rakan-rakan artis. Video rasmi lagu Di Matamu boleh korang tonton di bawah. Lagu yang dikatakan dicipta selepas beliau putus tunang.

+MStar

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Khai Hassan Pengasas & Pengarah Oh! Media
Pengasas dan Pengarah Oh! Media sejak 2008. Telah mencipta jenama ini sejak dari dalam perut mak lagi. Tak percaya tanya mak saya.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas