Connect with us

Oh! Media

“Jangan Sesuka Hati Menceduk Idea, Konsep Dan Hasil Kerja Orang Lain” – Sirkhan Danial

Umum

“Jangan Sesuka Hati Menceduk Idea, Konsep Dan Hasil Kerja Orang Lain” – Sirkhan Danial

Korang ingat lagi tak kumpulan dari Indonesia, Symphony Band yang menimbulkan kontroversi baru-baru ni disebabkan melodi lagu Pergi Saja sama dengan lagu Haqiem Rusli iaitu Tergantung Sepi?


Alahai, kenapa perlu ciplak hasil kerja orang lain demi meraih populariti dalam industri seni? Nasib baik Symphony Band dah buat permohonan maaf terhadap komposer lagu Tergantung Sepi iaitu Sirkhan Danial. Haa lepas ni jangan buat lagi tau!

ADVERTISEMENT

Apapun, Sirkhan menyerahkan isu ni kepada FMC Music untuk mengambil tindakan dan dia berpesan bahawa anggaplah isu ni sebagai pengajaran kepada semua supaya menghargai dan menghormati hasil titik peluh orang lain.

Mereka turut memohon maaf atas perkara yang berlaku. Saya sebolehnya enggan memanjangkan lagi isu ini dan menyerahkan kepada FMC Music untuk tindakan susulan. Bagi pihak saya, perkara ini sudah selesai dan berharap ia memberi pengajaran kepada semua supaya menghormati dan menghargai titik peluh orang lain. Jangan sesuka hati menceduk idea, konsep dan hasil kerja orang lain demi meraih populariti segera. Saya harap isu ini tidak lagi berulang.

Sumber: Berita Harian

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh Youtube!

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas