Connect with us

Oh! Media

“Jangan Bagi Anak Cium Bibir” – Yana Samsudin

add2ba2blittle2bbit2bof2bbody2btext2b252822529png

Umum

“Jangan Bagi Anak Cium Bibir” – Yana Samsudin

Lain orang, lain pendapat. Yana Samsudin terkejut bila tengok anaknya, Aisy Mateen yang berusia tiga tahun tiba-tiba mencium bibir Yana. Padahal sebelum ini dia dah melarang dah anak dia buat macam tu dekat dia.

Mulut adalah bahagian peribadi yang tidak boleh disentuh, dicium dan dipegang sesuka hati oleh orang lain, walaupun ayah dan ibu sendiri. Ciuman terbaik untuk anak adalah pada ubun, dahi, pipi dan tangan. Apabila anak besar nanti, mereka akan terbiasa kerana sudah diajar sejak kecil. Cium bibir ini bukan budaya kita dan ajaran Islam.

Yana berkata ibubapa tak sepatutnya mengizinkan anak buat macam tu sebab nanti akan timbul seksualiti. Pendidikan seksualiti haruslah disemai sejak anak kecil lagi supaya diaorang boleh beza mana betul, mana salah.

Saya memang menitikberatkan mengenai kebersihan dan imunisasi, tetapi penting juga untuk menerapkan pendidikan seksualiti. Semalam, Mateen tiba-tiba mencium bibir saya ketika sedang bersiaran secara langsung menerusi Instagram. Saya terkejut, tidak tahu siapa yang ajar dia berbuat demikian. Saya beritahu dia, boleh cium, tetapi hanya di pipi dan dahi, bukan bibir. Kalau ada orang lain buat, halang mereka atau jerit kuat-kuat. Perbuatan itu salah. Saya risau sangat jika tidak dilarang, apabila bersekolah nanti, tiba-tiba dia mencium kawannya atas alasan sayang.

Sebagai seorang ibu, dia rasa risau kalau perbuatan anaknya itu dia buat dekat orang lain pula. Kang tak pasal orang salah faham. So apa kata korang gais? Sis rasa sis setuju dengan kata-kata Yana Samsudin. Macam sis cakap tadi, lain orang lain pendapat.

IKLAN

+ Baca respon pembaca di Oh! Media.



OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Khai Hassan Pengasas & Pengarah Oh! Media
Pengasas dan Pengarah Oh! Media sejak 2008. Telah mencipta jenama ini sejak dari dalam perut mak lagi. Tak percaya tanya mak saya.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas