Connect with us

Oh! Media

Jambatan Runtuh Selepas Kiraan Detik Tahun Baru

Umum

Jambatan Runtuh Selepas Kiraan Detik Tahun Baru

Sambutan tahun baru yang disambut seluruh dunia bertukar tragedi di Moscow Rusia apabila orang awam dikejutkan dengan runtuhnya sebuah jamatan pejalan kaki di Gorky Park ketika orang ramai memenuhi jambatan itu.

ADVERTISEMENT

Seramai 13 orang dilaporkan terlibat dalam runtuhan jambatan itu dan semuanya cedera. Dikatakan jambatan tersebut runtuh ketika mereka sedang bersorak selepas kiraan detik tahun 2019.

Tiada yang cedera parah di dalam kejadian itu, tetapi jumlah yang cedera mungkin meningkat akibat dihempap struktur berkenaan yang tidak dapat menampung jumlah yang ramai.

Jambatan kayu itu merentasi sebuah pusat meluncur ais yang popular. Susulan kejadian itu, pengarah Gorky Park yang bertanggungjawab terus dipecat pada Selasa berikutan kecuaian pihak mereka.

Datuk Bandar Moscow, Sergei Sobyanin memecat pengurus taman berusia 36 tahun itu.

“Saya melawat mereka yang cedera dalam runtuhan jambatan Gorky,” katanya.

“Syukur tiada kecederaan parah, tetapi malangnya ia merosakkan sambutan berkenaan.

“Pihak yang bertanggungjawab berhubung insiden perlu dikenakan tindakan,” tambahnya.

Tambah Sergei, beliau telah mengarahkan Jabatan Budaya untuk memecah pengarah taman itu, meskipun ia bukan mudah baginya untuk membuat keputusan itu.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas